Cerita Kami

Kenali dengan lebih rapat tentang sejarah bermulanya
Crunchy KAPIT By NSMG.

Asal Usul Terciptanya...

Pada tahun 2017, idea tercetus daripada perbualan kosong tentang kuih kapit yang kami makan sewaktu menziarahi saudara di hari raya. Ianya tidak menepati citarasa rami.

Tiba-tiba emak bersuaraemak tahu buat bancuhan kuih kapit“. Emak kami memang selalu belajar dan mencuba pelbagai resepi. Kerana kata emak, bila buat sendiri, akan terciptaa rasa yang lebih sedap. Sebab kita akan buat ikut citarasa sendiri.

Kami teruja dan nekad untuk menghasilkan kuih kapit citarasa kami. Kuih ranggup dan sedap. Inti tersebar penuh di dalam. Itulah ciri-ciri kuih kapit idaman kamiSelepas berkali-kali mencuba, akhirnya kami berhasil.

Dengan bangganya kami memperkenalkan kepada anda CRUNCHY KAPIT by NSMG. Kuih kapit yang ranggup, sedap dan intinya tersebar penuh didalam.

Kuih kapit idaman semua!!  

CRUNCHY KAPIT ranggup beb!!

Apa itu NSMG..?

Pasti ada yang tertanya-tanya apa itu NSMG..?

 Jangan tersilap, bukan Monosodium Glutamate (MSG) ye..hehe..

Nama penuh NSMG ialah Norddin Saripah Maju Global. Norddin (Ayah) dan Saripah (Emak) ialah pengasas kepada Crunchy KAPIT tersedap ini.  Sebelum ini, Ayah dan Emak pernah membuat perniagaan kecil-kecilan dengan nama syarikat NS bersempena nama mereka berdua (sweet kan..)

Kami ingin meneruskan impian Ayah dan Emak dengan memberikan nama syarikat berdaftar kami sebagai NS Maju Global. Semoga Syarikat dan produk ini mendapat sambutan baik dan maju secara global. 

Crunchy KAPIT By NSMG bukan sekadar kuih kapit. Bahkan tanda kasih dan sayang kami kepada Ayah dan Emak yang bertungkus lumus membesar dan mendidik kami. Kerana Ayah dan Emak, maka kami tiga beradik yang masing-masing dalam bidang yang berlainan, bersatu dan bekerjasama bagi mencapai impian mereka.

Diharap, Crunchy KAPIT By NSMG bukan hanya memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga bahkan kepada anda yang dapat merasai kasih sayang kami melalui Kuih Kapit ini.

Pasukan Crunchy KAPIT By NSMG

Memperkenalkan pasukan Crunchy KAPIT